1. BARU SAHAJA MEMOHON
Perlindungan untuk kematian akibat kemalangan terus berkuatkuasa sebaik bayaran pertama di terima dan resit rasmi di keluarkan.
2. SELEPAS POLISI TAKAFUL DI LULUSKAN
Terdapat “Tempoh Menunggu” sebelum perlindungan untuk diri dan keluarga anda bermula. Dalam tempoh ini, anda tidak dapat membuat sebarang tuntutan bagi risiko penyakit-penyakit yang ingin anda lindungi.
Mohon pencerahan dari Perunding Takaful Pilihan Anda tentang jumlah hari sebenar atau Tempoh Menunggu polisi anda. Jika di Prudential Takaful tempoh menunggu selama 3 bulan dari tarikh Polisi.
Bagi polisi kanak-kanak (juvenil plan) biasanya terdapat peratus manfaat untuk pampasan kematian yang berlaku sebelum mencapai umur 5 tahun atau umur tertentu (sila rujuk polisi).
3. SELEPAS POLISI DI TERIMA
Anda mempunyai tempoh untuk melihat kembali dikenali sebagai “Free Look Period” samada polisi takaful ini sesuai untuk diri anda dan keluarga.
Jika tidak sesuai anda boleh batalkan polisi ini dan perolehi kembali wang anda. Pastikan dengan perunding anda jumlah sebenar hari untuk “Free Look Period” polisi anda. Pastikan juga samada anda akan dibayar penuh atau hanya sebahagian sekiranya membatalkan polisi. Di Prudential Takafal time “Free Look Period” selama 2 minggu tarikh polisi di keluarkan. Bayaran penuh 100% akan di refund sekiranya pembatalan di lakukan dalam masa 2 minggu dari tarikh polisi.
4. SELEPAS PERLINDUNGAN AKTIF (Tempoh Menunggu Tamat)
Anda layak membuat tuntutan dan syarikat takaful perlu membayar tuntutan sebagaimana yang dinyatakan dalam polisi. Bagi polisi yang masih baru atau penyakit spesifik yang mengambil masa yang lama untuk berlaku pihak insurans juga berhak membuat siasatan teperinci sebelum meluluskan tuntutan atau surat jaminan (juga dikenali sebagai Guarantee Letter).
5. POLISI TIDAK AKTIF (LAPSED)
Polisi anda boleh menjadi tidak aktif sekiranya anda tidak mencarum untuk polisi takaful anda (maksudnya anda tidak membayar “premium” bulanan).
Ia juga boleh berlaku jika syarikat insurance atau takaful anda membatalkan polisi anda.
Apabila polisi menjadi tidak aktif atau lapsed, anda tidak layak membuat sebarang tuntutan dan permohonan penguatkuasaan semula tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat dan keadaan kesihatan anda atau mereka yang ingin anda lindungi.
Pastikan dengan Perunding Takaful Pilihan Anda atau boleh rujuk dengan sya untuk review polisi anda apa yang akan menyebabkan polisi anda menjadi lapsed.
Terfikir untuk ambil pelindungan diri dan keluarga boleh hubungi sya untuk dapatkan maklumat lanjut.
Sms/WhatsApp <Nama>, <Umur> dan <Lokasi> ke 016 6320654.
Sms/WhatsApp <Nama>, <Umur> dan <Lokasi> ke 016 6320654.
Sms/WhatsApp <Nama>, <Umur> dan <Lokasi> ke 016 6320654.
No comments:
Post a Comment