Monday, 6 June 2016

Ramadhan Kareem




Semua yang menyambut Ramadan, Sya Muhammad Yahya Drahman ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa!
Semoga anda semua dirahmati dengan kesihatan yang baik untuk beribadah dan beramal di bulan yang mulia ini.


Yahya Drahman
016 6320654

Thursday, 2 June 2016

INGIN MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN BERASASKAN TAKAFUL ???



Bagi anda yang mempunyai DREAM untuk kehidupan yang selesa dan ingin menggembirakan orang tersayang?

Jom sertai kami sebagai RAKAN NIAGA PROFESSIONAL dalam memasarkan produk takaful NO. 1 di Malaysia.


Masa kerja yang FLEKSIBEL dan mudah dilakukan.

Jom sertai sesi IHAD (I HAVE A DREAM) yang akan diadakan Ahad ini.



DAFTAR SEKARANG!!! 


DATE : 5th June 2016 (Sunday)
TIME : 10am - 1pm
VENUE : LTC Training Centre, Batu 12, Gombak, Selangor

(Sarapan dan makan tengahari akan disediakan)



KELEBIHAN KERJAYA DI PRUDENTIAL:

> Peluang membina rangkaian rakaniaga diseluruh Malaysia.
> Penyediaan Strategi pemasaran yang digemari oleh masyarakat dan mudah dilaksanakan.
> Pendapatan komisyen jualan berterusan.
> Penggunaan sistem operasi secara online. Urusniaga boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila2    masa.
> Pilihan produk yang fleksibel dan mampu milik.
> Insentif PERCUTIAN ke luar negara.
> Insentif BONUS setahun 2 kali.
> Challenge GAJET MODEN, JAM TANGAN MEWAH dan lain lain.


JOM DAFTAR SEKARANG 


SMS/WhatsApp di 016 6320654

SMS/WhatsAppdi 016 6320654

SMS/WhatsApp di 016 6320654





KEPENTINGAN TAKAFUL PERUBATAN - Ini Penjelasan Lanjut Pensyarah UKM Di Berita Harian.


Artikal ini dishare dari Berita Harian Online.

PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. 

Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada. 

Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan. 

Mengapa hal ini berlaku? Antara sebabnya ialah sebahagian masyarakat tidak memahami peri pentingnya perlindungan takaful perubatan dan kesihatan dalam kehidupan mereka. 

Pada dasarnya, takaful perubatan dan kesihatan akan membayar perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pemilik atau pemegang polisi sebagai balasan bagi bayaran premium. Takaful perubatan dan kesihatan merangkumi beberapa jenis kontrak takaful yang melindungi risiko yang berbeza. 

Polisi takaful perubatan dan kesihatan yang asas, biasanya akan memberi perlindungan terhadap risiko hilang upaya yang berpunca daripada penyakit tertentu atau kemalangan. Perlindungan juga meliputi risiko menghidap penyakit kronik seperti diabetes, sakit buah pinggang, kanser, alzheimer atau masalah jantung. 

Kedua-dua risiko ini jika benar-benar berlaku bukan sahaja akan menyebabkan seseorang boleh kehilangan punca pendapatan, malah akan menimbulkan kos perbelanjaan lain seperti belanja perubatan yang sangat tinggi. 

Atasi masalah kewangan 

Ini boleh menjejaskan kehidupan dan kedudukan kewangan bukan sahaja individu itu sendiri, tetapi kepada ahli keluarga mereka. Melalui takaful perubatan dan kesihatan, bebanan menanggung kos rawatan dan perbelanjaan perubatan lain akibat hilang upaya dan penyakit kronik akan dipindahkan kepada syarikat takaful. Maka, individu tidak perlu berdepan masalah kewangan akibat kemerosotan kesihatan mereka. Masyarakat perlu memahami bahawa wujud beberapa faktor yang menyebabkan takaful perubatan dan kesihatan semakin penting hari ini. Pertama, kos penjagaan kesihatan semakin mahal. 

Kos ini merangkumi kos rundingan doktor, jururawat, ubat, peralatan perubatan dan bangunan. Peningkatan dalam teknologi perubatan memerlukan jumlah dana yang sangat tinggi. 

Kos seperti penyelidikan perubatan yang dilakukan, pembangunan peralatan perubatan dan farmaseutikal yang baru dan kelulusan daripada pihak kerajaan memakan belanja sehingga bilion ringgit. Kos perubatan dijangka terus meningkat pada masa depan ekoran inflasi. 

Kedua, bilangan kes penyakit kronik yang tinggi. Walaupun teknologi perubatan semakin maju, bilangan penghidap bagi penyakit kronik juga meningkat. Penyakit kronik termasuk kanser, buah pinggang, sakit jantung, kelumpuhan, penyakit hati kronik, HIV, encephalitis dan lain-lain lagi. Kos perubatan bagi penyakit ini memang tinggi kerana ia membabitkan rawatan yang berterusan dan konsisten. 

Ikatan kekeluargaan kian lemah 

Ketiga, struktur ikatan kekeluargaan yang semakin lemah. Pada waktu dahulu, budaya kekeluargaan dalam majoriti penduduk sangat kuat dengan anggapan bahawa anak akan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Namun, budaya ini sudah berubah mengikut peredaran masa. Keperluan dan perbelanjaan ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi menjadi perhatian anak-anak. Anak akan lebih selesa dengan kehidupan peribadi mereka sendiri. 

Faktor terakhir ialah peningkatan umur penduduk. Dalam satu kajian disimpulkan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menghadapi bilangan penduduk tua yang meningkat disebabkan oleh taraf kehidupan semakin baik dan kemajuan dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan. 

Jangka hayat meningkat 

Jangka hayat kelahiran rakyat Malaysia dijangka bertambah bagi perempuan dan lelaki masing-masing daripada 75 tahun dan 70 tahun pada 2000 kepada 79 tahun dan 75 tahun pada 2020. Dengan meningkatnya jangka hayat dan menurunnya kadar kelahiran, peratus penduduk berusia 55 tahun dan ke atas dijangka meningkat kepada 14 peratus pada 2020 berbanding sembilan peratus pada 2000. 

Tahap kesihatan pada usia lanjut akan merosot dan ini secara langsung mempengaruhi keperluan kepada penjagaan kesihatan semakin tinggi. 

Berasaskan kepada empat faktor ini, masyarakat seharusnya lebih peka dengan kepentingan takaful perubatan dan kesihatan kerana peranan dan fungsinya dalam memberikan sokongan kewangan yang lebih terjamin dan pada masa sama, membiayai kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat pada hari ini. 

Ia juga akan memastikan masyarakat mencapai sumber kewangan yang lebih bebas bagi menikmati kehidupan lebih terjamin dan sejahtera pada usia yang semakin tua pada suatu masa nanti. 

Penulis ialah pensyarah di Program Perkhidmatan Kewangan dan Pengurusan Risiko, UKM. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/137732?m=1

[KERNA DIRIMU BEGITU BERHARGA]



Nak blanje sketla BENEFIT Pakej Eksklusif 3in1 + medical card high end PruBSN ni :
• Dana stanby total up sehingga 4juta utk sebarang prosedur pembedahan atau kemasukkan ke hospital pakar (Gleneagles, Prince Court, Sime Darby Medical Centre, Institut Jantung Negara dll).
• Dana tersedia total sehingga RM300,000 jika lumpuh atau meninggal sakit @ tua.
• Dana tersedia total sehingga RM 500,000 jika lumpuh @ meninggal disebabkan kemalangan.
• Dana pampasan RM200,000 jika di diagnos terkena salah satu dr 36 penyakit kritikal. (Cth : Buta, Pekak, Bisu, Cancer, Jantung, Buah Pinggang dll).
• Dana tersedia ondaspot utk kos pengurusan jenazah RM5,000 (3hari waktu bekerja)
• Jika mengidap kanser @ buah pinggang, rawatan kemo dan dialisis ditanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful.
• Rawatan kecemasan sehingga RM2,000/bil utk kemalangan kecederaan atau luka2 kecil (terkena pisau,terkena minyak panas,terkepit pintu dll) di seluruh klinik terdekat anda (reimbursement basis)
• Dengan room benefit sehingga RM500/night..dan rm1,000/night di hospital panel terpilih..anda mampu sembuh dgn lebih cepat dgn bilik hospital yg terbaik.
• Kos extra jika memerlukan pemindahan organ RM200,000 maximum.
• Bill ditanggung sepenuhnya untuk pembedahan harian & jagaan jururawat hanya rumah anda.
• Bantuan Perubatan Kecemasan di seluruh dunia (Worldwide Coverage) - extra benefit utk anda2 yg merupakan seorg backpackers sekiranya melawat melihat keindahan di seluruh pelosok negara.
• Untuk ibu2 jika anda memiliki kad eksklusif dr PruBSN ni, dana extra RM20,000 tersedia jika berlaku komplikasi sepanjang tempoh pregnant.
Antara komplikasi kehamilan yg dicover oleh PruBSN :
* Penggunaan pembeku darah yg berlebihan sehingga pendarahan teruk.
* Kehamilan Luar Rahim.
* Kelahiran Anggur/molar.
* Pendarahan teruk selepas bersalin yg memerlukn pembuangan rahim.
* Darah tinggi & kehadiran PROTEIN dlm urine ketika mengandung.
* Sawan ketika mengandung.
* Air ketuban terperangkap dalam salur darah.
* Darah beku yg tersumbat di dalam saluran darah dan paru-paru.
• Untuk anak2 tersayang pula anak anda akan menikmati "EduSmart Bonus" spt berikut :
* UPSR - RM 2,400 (min 5A)
* PT3 - RM 4,800 (min 7A)
* SPM - RM 7,200 (min 8A)
* Diploma@Degree - RM 9,600(min CGPA 3.5)
• Plan perlindungan masih dinikmati secara PERCUMA sekiranya didiagnos mengidapi penyakit kritikil & lumpuh (PruBSN tolong bayarkan premium bulanan sehingga umur anda 80tahun).
• Dan banyak lagi benefit yang akan anda NIKMATI !!
InshaAllah rawatan dan perkhidmatan yg terbaik tersedia jika sebarang ujian melanda kita..kuasa memilih di tangan anda!
Sayangi diri anda dan Keluarga lebih dari segalanya ! May Allah bless us in everything that we do..InshaAllah ~

Regards,
Muhammad Yahya
Prudential BSN Takaful
016 6320654

Wednesday, 1 June 2016

HIBAH



Selepas kematian mak ayah bermula lah pengagihan harta benda kepada anak-anak dan adik beradik yang lain.. ketika ini timbul lah perasaan tidak puas hati, tidak adil, dengki dan macam2 lagi.. Family yang dulu nya baik.. mula bergaduh.. Persaudaraan mula putus.. Proses pengagihan harta terlalu lama kadang2 sampai bertahun2 lamanya tapi tak settle2 juga.

Mak ayah kita dulu tinggalkan tanah untuk kita.. Sekurang2 nya dengan tanah tadi kita boleh berbakti.. Tapi sayangnya kita dapat tanah tu kita jual pada orang lain utk dapatkan DUIT!!!!.. Sebab tu pada hari ni tanah kita habis dijual pada org lain.. Sampai masa pastinya kita menumpang di negara sendiri.

Bagi yang tinggalkan harta benda untuk anak isteri pastinya rasa untung kan.. Tapi bagaimana pula yang tinggalkan HUTANG??? Siapa yang nak settlekan hutang kita ?? Nak harap anak dan isteri kita ke yang settlekan ??? Kita sendiri tahu WAJIB setiap orang Islam langsaikan hutangnya walau pun telah meninggal dunia.

Jadi pada hari ini kita dedahkan untuk semua.. Pastinya ramai yang belum tahu..
Apakah sebenarnya KEPENTINGAN HIBAH ini dalam kehidupan kita??? Mungkin ramai anggap ia remeh.. TAPI demi hak anak-anak dan pewaris yang kita tinggalkan.. Sesungguhnya ia lebih TERJAMIN utk mereka meneruskan kehidupan...
Hubungi lah saya dan perunding-perunding Takaful yang sah untuk mereka menjelaskan pada anda tentang PLAN HIBAH utk anda dan family anda...


Muhammad Yahya
016 6320654
mysonic220679@gmail.com

Hello June



Counting for Ramadhan




🎀Assalamualaikum🎀

استغفرالله العظيم
(Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Mulia)
Zikir hari Rabu 

Dan
Jom berselawat

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

🌹Semuga kita semua sentiasa didalam rahmat & redha Allah swt.

🌹آَمِيـٍـِنْ ...آَمِيـٍـِنْ ... آَمِيـٍـِنْ ...
...امين يا الله
...امين يا رحمن
...امين يا رحيم
...امين يا ربالعالمين💕

✳️ hanya beberapa hari sahaja Syaaban bakal meninggalkan kita...
Apa yg perlu direnungi, bersediakah kita untuk menyambut ramadhan?
Bulan yang penuh dengan keberkatan.

✳️baik saya atau sahabat semua adakah kita sudah selesaikan segala urusan duniawi dan fokus kpd ramadhan?

✳️bagi yang mencari rezeki di bazaar2 ramadhan, menjual biskut2 raya, usahalah menjual makanan yg halal, aurat dan solat terjaga. Barangan yg diadun dan dimasak utk dijual kpd oranglain dibeli drp unsur2 yg barokah. Krn asbab sedikit kelalaian kita mengundang kpd titik hitam pd hati manusia.
Biar untung sedikit namun barokah. Ikutilah cara nabi berjualbeli. Besar ganjarannya bagi org2 yg berniaga, senang masuk syurga dan senang pula masuk neraka, ingat tu💥

✳️untuk saya, dan rakan2 yang menjual Takaful, lihatlah bagaimana unsur2nya, memenuhi keperluan syariatkah?

✳️dan pelbagai jualan lagi...utamakan solat dan sunnah agar sama2 meraih ganjarannnya nanti. Jom sama2 tamak pahala dan bolot ganjarannya nanti...

✳️urusan keperluan kami, setakat ni Alhamdulillah telah diuruskan secara sederhana. Dah tak sabar nak raih kemanisan ramadhan.😍

💕disini saya ingin mengambil kesempatan memohon sejuta kemaafan andaikata, alunan kata2 saya mengguris hati, perbuatan tanpa disedari menggundang perasaan kecil hati, kerana dlm diri semua manusia tak semua yg suka kita apatah lagi org seperti saya yg suka menyampaikan dakwah dan menegakkan kebenaran. Tak semestinya saya menyampaikan dakwah saya org baik2. Cuma saya ingin menjadi baik, pengakhiran yg baik2💕

Jom sama2 bersedia menyambut 🌙 Ya Ramadhan Kareem.